Sunday, November 25, 2018

DAPATAN KAJIAN: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH MENENGAH


1. Tanggungjawab seorang guru lebih kepada mengenal pasti perubahan tingkah laku setiap pelajar, tidak kira itu dari segi disiplin, akademik dan sebagainya.

2. Memastikan pelajar mendapat sumber pengaruh yang baik dalam aspek sosial dan pembelajaran mereka.

3. Kemampuan seseorang guru untuk memberikan layanan yang sama rata kepada setiap pelajar tanpa mengira pelajar itu pandai atau sebaliknya.

4. Kemampuan seseorang guru untuk membantu pelajar dalam menghadapi pelbagai jenis masalah di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Melaui kajian yang kami jalankan, kami mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai seperti yang berikut:


1. Mengenal pasti suasana pembelajaran yang berlaku di sekeliling masyarakat pelajar.

2. Menyatakan kepentingan dan ciri-ciri alam pembelajaran yang sistematik.

3. Mengkaji alam pembelajaran yang berlaku di peringkat sekolah tadika, rendah dan menengah.

4. Mengenal pasti tanggungjawab dan peranan guru dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa.

5. Mengenal pasti responden guru-guru di sekolah mengenai pengurusan alam pembelajaran.


Sunday, October 14, 2018

Teori Sosiologi Pendidikan

Terdapat 3 teori utama dalam sosiologi pendidikan:

1. Fungsionalisme:
  • Diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.
  • Dipengaruhi bidang biologi.
  • Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.
  • Perubahan berlaku secara beransur-ansur.
  • Masyarakat sebagai suatu organisme dan setiap organ ada peranan yang tersendiri.
  • Di dalam masyarakat, mempunyai suatu kesefahaman dan mereka menghargai peranan atau sumbangan masing-masing.
  • Teori ini memandang kepada integrasi dan kestabilan di mana integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
  • Tidak terdapat gangguan fungsi dalam ahli.
  • Oleh itu, teori ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Selain itu, masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu).
  • Akhir sekali, struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.
  • Merton dalam bukunya "Social Theory and Social Structure (1949), menyokong teori ini dengan menambah, terdapat dua perbezaan fungsi elemen dalam sistem sosial iaitu, fungsi nyata dan fungsi tidak nyata.
  • Fungsi nyata: Tugas sekolah / guru yang dirancang iaitu memberi pengajaran.
  • Fungsi tidak nyata: Tidak berkeliaran semasa waktu rehat.
  • Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam teori ini iaitu, menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial, dengan alasan mahu ke arah peraturan sosial.
2. Konflik:
  • Diperkenalkan oleh Karl Mark.
  • Seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi berasal dari Jerman dalam karyanya “The Communist Manifest”.
  • Ia mengutamakan “determinisme” iaitu ada kuasa ramalan sesuatu.
  • Konflik bukan bermaksud ganas, tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persainagan dalam institusi agama dan sebagainya.
  • George Simmel - Konflik merupakan sesuatu yang semula jadi dalam sesuatu masyarakat.
  • Lewis Coser – konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian didalam sesuatu kelompok sosial.
  • Setiap konflik menimbulkan kelompok baru.
  • Konflik memanjangkan kelompok sebab selepas berlaku konflik mereka akan bersatu.
  • Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.
  • Kesan konflik adalah positif iaitu dapat penyatuan. Ia tidak merosakkan masyarakat.
  • Struktur sosial berdasarkan kuasa oleh satu kelompok.
  • Setiap kelompok dalam masyarakat mempunyai set yang sama dan seterusnya menjadi ahli dalam kelas sosial.
  • Konflik kelas bergantung kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial. Yang utama sekali ialah faktor ekonomi.
  • Dalam sosiologi idea teori ini adalah interaksi sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara dan bukan kerjasama.
  • Perjuangan adalah punca daripada perubahan sosial.
  • Masyarakat sentiasa didalam keadaan berubah dan konflik sentiasa berlaku.
  • Orang yang berkuasa dapat memaksa pihak yang lemah melalui suatu persetujuan.
3. Interaksionisme Simbolik:
  • Teori ini dipengaruhi ahli sejarah sosial Jerman.
  • Beliau menegaskan, setiap individu perlu memahami dunia masyarakat daripada sudut pandangan individu.
  • Ia juga dikenali sebagai “symbolic interactionism” sebagaimana diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931).
  • Simbol digunakan oleh manusia untuk berinteraksi.
  • Contoh: bendera sesebuah negara, jika dikibarkan, peserta mewakili negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya.
  • Dengan kata lain, ia tidak akan menumpu kepada perkara-perkara yang lebih besar melibatkan ekonomi dan negara.
  • Antara ciri-ciri teori ini adalah pertama, Interaksi sosial harian.
  • Kedua, Individu dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.
  • Ketiga, banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak-geri, lambang dan sebagainya.
  • Keempat, komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya. Eg – pemberian hadiah ada maksudnya.
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra.
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan.
  • Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks.
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.
  • Kelemahan teori ini adalah ia tidak melihat secara menyeluruh.



                                        Sosiologi Pendidikan

                                        Definisi Sosiologi Pendidikan:
                                        Sosiologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana institusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya. Lebih tertumpu kepada sistem persekolahan awam bagi masyarakat perindustrian moden, termasuk perluasan pendidikan tinggi, pendidikan lanjutan dan pendidikan dewasa. Pada dasarnya, pendidikan dilihatkan sebagai suatu usaha manusia yang optimistik yang dicirikan oleh cita-cita untuk mencapai kemajuan dan kebaikan. Pendidikan juga dilihatkan sebagai tempat di mana kanak-kanak dapat berkembang mengikut keperluan dan potensi sendiri. Pendidikan harus bertujuan untuk mengembangkan setiap individu sehingga potensinya yang penuh dan memberikan mereka peluang untuk mencapai sebanyak yang boleh dalam kehidupan mereka, sejajar dengan keupayaan mereka.

                                        Berikut merupakan beberapa pandangan ahli sosiologi:

                                        1. Menurut F.G Robbins, dalam buku Sosiologi Pendidikan yang dikarang oleh Muhamad Rifai, bahawa sosiologi pendidikan adalah sosiologi khusus yang tugasnya menyelidiki struktur dan dinamika proses pendidikan. Struktur itu mengandungi pengertian teori dan falsafah pendidikan, sistem kebudayaan, struktur kepribadian dan hubungan kesemuanya dengan tata sosial masyarakat. Sedangkan dinamika yakni proses sosial dan kultural, proses perkembangan kepribadian dan hubungan kesemuanya dengan proses pendidikan.

                                        2. Menurut Prof. DR S. Nasution, M.A, dalam buku Sosiologi Pendidikan yang dikarang oleh Muhamad Rifai, sosiologi pendidikan adalah ilmu yang berusaha untuk mengetahui cara-cara mengendalikan proses pendidikan untuk mengembangkan kepribadian individu agar menjadi lebih baik.

                                        3. Menurut E.G Payne, dalam buku Sosiologi Pendidikan yang dikarang oleh Muhamad Rifai, sosiologi pendidikan ialah satu pembelajaran komprehensif tentang segala aspek pendidikan dari segi ilmu sosiologi yang diterapkan.

                                        Sumber: 

                                        • https://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi_pendidikan
                                        • https://www.scribd.com/doc/173945366/Definisi-Sosiologi-Pendidikan#logout



                                        Monday, October 1, 2018

                                        PENGENALAN KPS3014


                                        Kursus ini membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai persekitaran pembelajaran. Pelajar akan diperkenalkan kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi, kepemimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah yang akhirnya membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam semua situasi pembelajaran.

                                        BIOGRAFI

                                        Nama: Joanly Jounis
                                        No. Matrik: D20172080540
                                        Program: ISMP Muzik Dengan Kepujian
                                        Email: johnleejounis@gmail.com
                                        Subjek: Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
                                        Kumpulan Kuliah:S