Sunday, October 14, 2018

Teori Sosiologi Pendidikan

Terdapat 3 teori utama dalam sosiologi pendidikan:

1. Fungsionalisme:
  • Diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim.
  • Dipengaruhi bidang biologi.
  • Mengikut teori ini, masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa.
  • Perubahan berlaku secara beransur-ansur.
  • Masyarakat sebagai suatu organisme dan setiap organ ada peranan yang tersendiri.
  • Di dalam masyarakat, mempunyai suatu kesefahaman dan mereka menghargai peranan atau sumbangan masing-masing.
  • Teori ini memandang kepada integrasi dan kestabilan di mana integrasi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
  • Tidak terdapat gangguan fungsi dalam ahli.
  • Oleh itu, teori ini mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Selain itu, masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu).
  • Akhir sekali, struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat.
  • Merton dalam bukunya "Social Theory and Social Structure (1949), menyokong teori ini dengan menambah, terdapat dua perbezaan fungsi elemen dalam sistem sosial iaitu, fungsi nyata dan fungsi tidak nyata.
  • Fungsi nyata: Tugas sekolah / guru yang dirancang iaitu memberi pengajaran.
  • Fungsi tidak nyata: Tidak berkeliaran semasa waktu rehat.
  • Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam teori ini iaitu, menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial, dengan alasan mahu ke arah peraturan sosial.
2. Konflik:
  • Diperkenalkan oleh Karl Mark.
  • Seorang ahli sains sosial dan ahli ekonomi berasal dari Jerman dalam karyanya “The Communist Manifest”.
  • Ia mengutamakan “determinisme” iaitu ada kuasa ramalan sesuatu.
  • Konflik bukan bermaksud ganas, tetapi berlaku dalam bentuk perjuangan parti-parti, persainagan dalam institusi agama dan sebagainya.
  • George Simmel - Konflik merupakan sesuatu yang semula jadi dalam sesuatu masyarakat.
  • Lewis Coser – konflik boleh mempercepatkan proses kesetiaan dan keharmonian didalam sesuatu kelompok sosial.
  • Setiap konflik menimbulkan kelompok baru.
  • Konflik memanjangkan kelompok sebab selepas berlaku konflik mereka akan bersatu.
  • Konflik sentiasa berlaku tetapi bukan keganasan.
  • Kesan konflik adalah positif iaitu dapat penyatuan. Ia tidak merosakkan masyarakat.
  • Struktur sosial berdasarkan kuasa oleh satu kelompok.
  • Setiap kelompok dalam masyarakat mempunyai set yang sama dan seterusnya menjadi ahli dalam kelas sosial.
  • Konflik kelas bergantung kepada keadaan politik, ekonomi dan sosial. Yang utama sekali ialah faktor ekonomi.
  • Dalam sosiologi idea teori ini adalah interaksi sosial berdasarkan bentuk pergelutan serta huru-hara dan bukan kerjasama.
  • Perjuangan adalah punca daripada perubahan sosial.
  • Masyarakat sentiasa didalam keadaan berubah dan konflik sentiasa berlaku.
  • Orang yang berkuasa dapat memaksa pihak yang lemah melalui suatu persetujuan.
3. Interaksionisme Simbolik:
  • Teori ini dipengaruhi ahli sejarah sosial Jerman.
  • Beliau menegaskan, setiap individu perlu memahami dunia masyarakat daripada sudut pandangan individu.
  • Ia juga dikenali sebagai “symbolic interactionism” sebagaimana diperkenalkan oleh George Herbert Mead (1863-1931).
  • Simbol digunakan oleh manusia untuk berinteraksi.
  • Contoh: bendera sesebuah negara, jika dikibarkan, peserta mewakili negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya.
  • Dengan kata lain, ia tidak akan menumpu kepada perkara-perkara yang lebih besar melibatkan ekonomi dan negara.
  • Antara ciri-ciri teori ini adalah pertama, Interaksi sosial harian.
  • Kedua, Individu dalam kelompok kecil dan bagaimana ia bertindak.
  • Ketiga, banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak-geri, lambang dan sebagainya.
  • Keempat, komunikasi dan cara hidup manusia ada simboliknya. Eg – pemberian hadiah ada maksudnya.
  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
  • Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan  hubungan bertambah mesra.
  • Makna adalah sesuatu yang dirundingkan.
  • Manusia membentuk hubungan melalui simbol dan proses menginterprestasikan simbol sangat kompleks.
  • Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar
  • Manusia berkeupayaan membuat modifikasi dan alterasi antaranya kerana kebolehan mereka berinteraksi dengan diri sendiri
  • Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan kemungkinan kesan tindakan, membuat penilaian kebaikan dan keburukan dan akhirnya  menentukan tindakan atau aksi yang sesuai.
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.
  • Kelemahan teori ini adalah ia tidak melihat secara menyeluruh.



                                        No comments:

                                        Post a Comment